Feeds:
Kiriman
Komentar

Ira & Hairul

Assalamualaikum…entry kali nie majlis nikah dan sanding Ira & Hairul di senawang…sepanjang majlis mereka hujan gerimis dari pagi hingga ke petang…masa shoot outdoor pun masih gerimis…agak mencabar jugak le shoot time hujan nie…takut camera buat hal je…hehehe…job nie aku shoot untuk Paksu www.fotoimpian.com


Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Linda & Fadhil

Assalamualaikum….entry kali nie majlis nikah dan sanding Linda&Fadhil…majlis nikah di masjid wangsa maju…nama masjid tu aku dah lupa lak…cantik jgk masjid nie…majlis sanding pula di Kelab Tasik Titiwangsa…Terima Kasih kepada Salim dan Johari sudi jemput aku shoot bersama…



Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Anis & Suhan

Assalamualaikum….entry kali perkahwinan Anis & Suhan berlansung di Dewan Persindangan di Putrajaya…Pertama kali shoot kat dewan nie…best gak shoot kat sini…nak buat outdoor potrait pun senang…x yah gi jauh-jauh…jalan kaki je dah bole sampai ke Istana Kehakiman…tempat nie amat popular dikalangan photographer wedding untuk shooting outdoor…tapi outdoor kali nie tak buat kat Istana Kehakiman…outdoor kali nie disekitar Masjid Besi Putrajaya…’dah banyak gambar wedding aku kat sini’..kata Rahsdi Amin(OP)…hehehe….
Thanks a lot kat Rashdi Amin www.peveyhack.com(Official Photographer of the day)

Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Khushairi & Lene

Salam semua…entry kali ni wedding Khushairi & Lene berlangsung di Shah Alam…aku shoot utk d’Aragon zone.com…thanks to Dzunain bagi job nie…Dzunain shoot video utk event nie…kalo ada lagi job…hulur-hulur le lagi…hehehe…

Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Perkahwinan Faiz & Nurul

Salam semua…entry kali nie perkahwinan Faiz & Nurul yg berlangsung di Taman Botani Putrajaya,konsep perkahwinan diaorang nie garden wedding…1st time shoot garden wedding nie…best jugak le…selalu shoot kat rumah…dewan atau hotel…hehehe…credit to Rashdi Amin www.peveyhack.com(Official Photographer of the day)
faiz&nurul2faiz&nurul3faiz&nurul7faiz&nurul9faiz&nurul10faiz&nurul8
Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Husni & Intan

Aslmkum semua….entry nie gambar terbaru lagi…yg lama masih belum sempat diupload lagi…hahaha….entry kali nie Majlis bertandang Husni & Intan berlangsung di Wisma PKPS Shah Alam…Credit to Rashdi Amin www.peveyhack.com (Official Photographer)
090 copy055 copy1401copy545611 copy1638copy705copy739
Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Mira & Hissyam

Lama betul aku tak update blog aku nie…dah bersawang agaknya…banyak lagi gambar-gambar kahwin dan gambar raya tahun nie aku belum sempat post kat blog aku nie…aku update gambar terbaru dulu…yang lama pelan-pelan kayuh…hehehe
entry kali nie shoot wedding….lama giler tak shoot wedding sejak bulan ramadhan lepas…wedding nie aku tag dgn sifu aku…saudara Rashdi Amin… http://peveyhack.com/ (Official Photographer)Terima Kasih sifu sudi ajak aku shoot bersama…
019 copy
166
051 copy
342 copy
173
560
605
635
Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

rina&amarrina&amar 2rina&amar 3 nabil&geenabil&gee 1nabil&gee 2nabil&gee 3
Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

005011029059130142151
Mohamed Yusdi bin Mohamad Yusoff
Photographer
013-3407432
email:mohamedyusdi@yahoo.com

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »